Monday, 31 December 2012

Holiday Ke Melaka

Melaka merupakan negeri yang kaya dengan tinggalan sejarah. Pelbagai artifak yang dapat kita lihat di situ . Tahun ni boleh dikatakan 5 kali dah Kheenzue turun ke Melaka. Ok kat Melaka ni Kheen zue akan tinggal kat hotel yang ada swimming pool . Pasal budak-budak ni suka swimming .

Kheenzue tak nak cerita pasal tempat tempat menarik sebab dah banyak dah website dan blog yang citer pasal benda-benda ni. Yang Kheenzue nk citer kan sini tempat makan yang Kheenzue dah pergi . Ada yang sedap, tak sedap dan tak seindah rupa dan ada yang tak disangka. Haa.ha.a. tu pengalaman Kheenzue bercuti di Melaka.

OK kalau korang rasa nk minum ABC atau Cendol dari gula kabung dan nira asli korang pergi jer kat food court Mahkota Parade. Ada kiosk ABC dan 1001 jenid dessert dijual.Perghh ABC dia memang marvelous. Gula merah dia memang terangkat itu speciality kedai tu. Memang recommen sedap. ABC dia lain daripada ABC yang korang makan kat luar. cuba reganya RM4.00 agak mahal la tapi sedap. Bahan dalam ABC pun tak banyak sesuai sebab Kheenzue pun tak suka banyak bahan digunakan cam ABC yang selalu jual tu dan macam-macam warna..rasa tak sedap pun. ABC Mahkota Parade ni hanya mengunakan kacang merah, lengkong atau jelly dan gula kabung. Letak susu cair ..cukup menyelerakan...korang cubala..

Pastu makan ngan koew teow goreng penang . Memang marvelous..sedap ..Koew teow penang ni koisk nyer selang 2 koisk dari ABC tadi. Memang ramai . Senang dah gerenti sedap. Reganyer murah RM 3.50 ajer.  nanti Kheenzue masukkan gambar koisk tu..he..he...tak teringat nk ambk gambar plak time tu.

ok pas tu korang le jalan-jalan kat shopping complex kat situ. lagipun ada taman hiburan untuk kanak-kanak dan dewasa. Boleh main Achery, bowling, soopa doopa pun ada. wayang pun ada.karaoke pun ada . Satu lagu RM1.00 . enjoy la anak beranak test suara.


Ok pas tu kalau pengemar Asam Pedas Melaka Kheenzue leh cadangkan Restoran Asam Pedas Zaiton.Erm boleh tahan rasanya dan rega pun tak la mahal sangat. Tempeh goreng cicah ngan sambal kicap perggghhh..sedap tok....sambal kicap dia memang sedap cam buat kat rumah. Pekerja melayu semua. Kheenzue memang faoul kalau pekerja orang Indon. Rasa outtttt...Restoran ni terletak kat Corner. Restoran ni dekat dengan hotel Mawaddah dan dekat ngan simpang ker taming sari.

Restoran asam peda lain memang mahal tambah-tambah musim cuti ni. pas tu tak sedap . Sedap lagi Asam Pedas mak mentua aku masak. Korang jangan la gi makan Asam Pedas kat Medan Selera Bandar Hilir tu tak sedap langsung. Dah tu mahal.

Kalau nak makan ikan bakar baik gi makan kat Sungai Duyung. Sedap dan puas hati tp kedai ni tak ada nasi putih. Hanya ada Nasi Lemak saja. Memang ramai. Dibuka seawal pukul 6.00 petang hingga lewat malam. Ikan baru dan segar.  Rega ikut siaz dan pasaran.

 Kheenzue ada gi makan kat restoran yang masuk jalan-jalan cari makan tv3 tu, Ikan Bakar Malim kat Ayer Keroh dan Kat Malim Jaya. Hampeh..tak sedap langsung plus mahal dan tak masuk akal harganya. Ikan lak tu bak kata orang dah medak. tak segar dan manis. Kheenzue tak recomend langsung korang pergi . Restoran dia kat Malim Jaya betul -betul tepi simpang trafik Malim Jaya pekerja indonesia semua.Pekerja tak ada PR langsung.  Kat Ayer Keroh campur. Sumpah tak gi lagi restoran ni. Pangkah terus.

Lagi satu korang nak makan Asam Pedas sedap boleh gak gi kat Medan MARA yang berdepan ngan replika Kapal Portugis tu. Kedai tu kat tingkat atas medan makan MARA. Kalau korang naik tangga kedai tu kat sebelah kanan. Nama tak ingat la pulak tapi tuan kedai tu satu mak cik yang gemuk. Tapi tak la gemuk sangat..he..he..he.. sedap gak asam pedas dia. Rega mahal sikit la tp leh consider la... ayah aku pun kata best asam pedas dia. Ayah aku ni kalau bab makan leh refer ngan dia . Memang pakar punya. Sup dia tak sapa leh lawan.

Kalau korang nk makan donut leh gi kat Mydin Mall. Tepi Food court . Haa.ha...Kheenzue masih dok mencari kedai yang best makan makanan ringan-ringan. tapi masih lum ketemu. Nanti Kheenzue update lagi di blog yang lain.













Cucur Manis Gebus

Haaa...kheenzue nk kongsi bersama cara nak buat cucur manis gebus. Cucur ni memang kesukaan anak-anak kheenzue. Tapi Kheenzue lupa nk ambik gambar buat tampalan pula. Mana taknye..bau dan kepanasan cucur ni emmmmm tak sempat dah terus kena sambar. Haa..ha.. memang favourite diaorang pun. Kheenzue rasa tak semua orang tahu nak buat cucur manis ni kan. Sebab tu ada instant punya tepung di jual. tak susah pun...  Ok la jom kita tengok apa bahan yang di gunakan untuk cucur manis gebus.

Bahan-bahan

Tepung
Gula
Soda Bikarbonat
air suam
air kosong
minyak untuk mengoreng
Pewarna mengikut kesukaan masing masing.
* kalau nk bau wangi leeh cuba letak air mawar.

setengah orang ada masukkan telur atau kuning telur ..haa..itu mak mentua kheenzue punya resepi la. Ada juga yang masukkan lebihan nasi . Haa..nak tau kenapa..tujuannya adalah untuk menjadi kan tepung adunan tadi kembang dan lembut. Zaman dulu mana ada soda bagai so lebihan nasi akan bertindak sebagai ragi.   Tak per kalau nak masukkan juga pun tak jadi masalah ...sebab kita yang buat dia. Kheenzue tak masukkan la benda-benda ni sebab bahan yang kheenzue nyatakan tadi pun dah mencukupi. Ini Kheenzue confirm memang cucur korang akan lembut selembutnya sampai esok pun tak liat. tak caya ..buat laa...

ok sekarang ni cara membuatnya pulak.

1. campurkan semua bahan tepung,gula,soda
2. masukan sedikit air suam tak der panas pun boleh laa.
3. kacau dan masukkan air kosong biasa.kacau sehingga adunan sebati dan bila diangkat adunan turun dengan perlahan. cam korang tengok orang jual apam balik la..
4. korang lebih masukkan apa-apa warna yang korang suka. dan air mawar .kacau
5. panaskan minyak untuk mengoreng. sementara minyak panas adunan tepung tadi telah mula mengembang hasil tindakbalas soda dan air suam .
6. apabila minyak sudah panas, sudukan adunan dan mula mengoreng hingga kekuningan.

dah siap...

confirm kena terkam jap lagi..
ok la so jangan malas-malas nk masak. kalau kreatif  kita leh letakkan filing kat dalam adunan tadi.
filing blubeery ker, strawbery ker, nanas ker atau coklat. kiat kat dapur ni mesti kena kreatif sikit..baru ada inovasi. ha..ha..ha..

so apa lagi cuba jangan tak cuba.


Friday, 7 December 2012

Akhirnya Ku Genggam Jua

Malam ni baru aku berkesempatan menambah citer baru...aaahaa...ari ni aku nak kongsi citelak pasal Hari Konvokesyen akakkk..ni..27 hb November 2012, Sidang 7. Baru sekarang aku dapat memilikinya ...at least aku ader..KO ader  haa..ha..ha. ok mei sini aku bawa korang tengok gambar aku dapat ijazah . Lepas penat lelah dan siap gaduh gaduh ko ngan laki akakk bila dikenangkan balik ..memang betul kata orang yang melalui detik belajar selepas kahwin ni. Banyak betul dugaan dan cabarannya. Hati mesti kena tahan, lasak dan tabah.Semangat mesti mau kental. Aku kalau tak kental dan kenyal semester 2 dah nak blah dah...


Ni tengah nak bersiap pakai jubah la..kejap tengok orang pakai camner..tak tau nak pakai..a..ha..ha..


ni masa semua dah pakai jubah yang satu ketika dulu aku meleleh air liur teringin nk pakai. Rasa nya masa tu sapa yang dapat pakai jubah cam professor jer..bagi anggapan aku..so ari tu aku bangga dapat pakai...ha..ha..ha.. bangga aaa 3 tahun panjat tangga gi klass..sampai kurus . Skarang..ermm...masuk angin daaaaaaa..Citer gambar ni kami semua berbaris untuk di panggil masuk ke tempat duduk masing masing dalam Dewan Konvo tu. Sempat lagi berposing masing masing.
 
Korang tau dak..masa aku belajar mula mula tu budak kelas aku kira ramai la dalam 16 orang..yang paling tak syok aku sorang je bunga yang menjadi rebutan..ha..ha.. tak caya lak..boring giler wa cakap lu nak ronggeng pun x der kawan. Kelas yang terakhir hanya tinggal 6 orang dan  aku bangga gak la akhirnya hanya 2 orang jer yang berjaya tamat iaitu Aku dan Dennis.


 
Ha ni la Dennis yang banyak bantu aku dalam 3 tahun ni. Dia ni memang perfection dalam buat kerja almaklumla planner berpengalaman cuma baru nak ambik paper..ia ni memang expert dalam planning process dan juga land use. Kalau aku satu group ngan dia confirm aku akan dpt score assignment tu..Bagus aa ko Den. Congrate to you. Itu pun kalau ko baca blog aku ni..wuahhrggh....

 
ni la dalaman Dewan Naib Canselor tu.Ni semua dah lemau dah..pasal nak tunggu 1,034 orang settle tu amcam-macam benda buat. Aku dan Den duduk jauh sikit pasal Den dapat 1st Degree aku 2nd Upper so jauh sikit la duduk ngan dia x der member nk borak..aduhhh...klau nk keluar kena buka topi tu plak malas tul aku laa..
 
 

 
 
Ha..ha.. ni la paper aku Ijazah Perancangan Bandar dan Wilayah..ermm ramai orang tak faham kerja planner yang sebenarnya kan..ermm aku pun tak kerja dalam planning pun cuma ada juga la kena mengena pasal aku kat company developer...k la tak yah citer pasal kerja..


 
 
ni la cik abang aku yang bagi galakan dan banyak pengorbanannya semasa pengajian aku ni. Penat tu menapak kat parking kereta. Panas ....tapi berbaloi la ...Akhirnya aku berjaya menganggam ijazah dengan tanggungan sendiri. 

antara budak PLK yang tumpang klas aku . Settle juga dia ...alhmdulillah...  Ini lah citer aku untuk kali ni..nanti aku citer plak pasal gi jalan-jalan.