Melaka merupakan negeri yang kaya dengan tinggalan sejarah. Pelbagai artifak yang dapat kita lihat di situ . Tahun ni boleh dikatakan 5 kali dah Kheenzue turun ke Melaka. Ok kat Melaka ni Kheen zue akan tinggal kat hotel yang ada swimming pool . Pasal budak-budak ni suka swimming .
Kheenzue tak nak cerita pasal tempat tempat menarik sebab dah banyak dah website dan blog yang citer pasal benda-benda ni. Yang Kheenzue nk citer kan sini tempat makan yang Kheenzue dah pergi . Ada yang sedap, tak sedap dan tak seindah rupa dan ada yang tak disangka. Haa.ha.a. tu pengalaman Kheenzue bercuti di Melaka.
OK kalau korang rasa nk minum ABC atau Cendol dari gula kabung dan nira asli korang pergi jer kat food court Mahkota Parade. Ada kiosk ABC dan 1001 jenid dessert dijual.Perghh ABC dia memang marvelous. Gula merah dia memang terangkat itu speciality kedai tu. Memang recommen sedap. ABC dia lain daripada ABC yang korang makan kat luar. cuba reganya RM4.00 agak mahal la tapi sedap. Bahan dalam ABC pun tak banyak sesuai sebab Kheenzue pun tak suka banyak bahan digunakan cam ABC yang selalu jual tu dan macam-macam warna..rasa tak sedap pun. ABC Mahkota Parade ni hanya mengunakan kacang merah, lengkong atau jelly dan gula kabung. Letak susu cair ..cukup menyelerakan...korang cubala..
Pastu makan ngan koew teow goreng penang . Memang marvelous..sedap ..Koew teow penang ni koisk nyer selang 2 koisk dari ABC tadi. Memang ramai . Senang dah gerenti sedap. Reganyer murah RM 3.50 ajer. nanti Kheenzue masukkan gambar koisk tu..he..he...tak teringat nk ambk gambar plak time tu.
ok pas tu korang le jalan-jalan kat shopping complex kat situ. lagipun ada taman hiburan untuk kanak-kanak dan dewasa. Boleh main Achery, bowling, soopa doopa pun ada. wayang pun ada.karaoke pun ada . Satu lagu RM1.00 . enjoy la anak beranak test suara.
Ok pas tu kalau pengemar Asam Pedas Melaka Kheenzue leh cadangkan Restoran Asam Pedas Zaiton.Erm boleh tahan rasanya dan rega pun tak la mahal sangat. Tempeh goreng cicah ngan sambal kicap perggghhh..sedap tok....sambal kicap dia memang sedap cam buat kat rumah. Pekerja melayu semua. Kheenzue memang faoul kalau pekerja orang Indon. Rasa outtttt...Restoran ni terletak kat Corner. Restoran ni dekat dengan hotel Mawaddah dan dekat ngan simpang ker taming sari.
Restoran asam peda lain memang mahal tambah-tambah musim cuti ni. pas tu tak sedap . Sedap lagi Asam Pedas mak mentua aku masak. Korang jangan la gi makan Asam Pedas kat Medan Selera Bandar Hilir tu tak sedap langsung. Dah tu mahal.
Kalau nak makan ikan bakar baik gi makan kat Sungai Duyung. Sedap dan puas hati tp kedai ni tak ada nasi putih. Hanya ada Nasi Lemak saja. Memang ramai. Dibuka seawal pukul 6.00 petang hingga lewat malam. Ikan baru dan segar. Rega ikut siaz dan pasaran.
Kheenzue ada gi makan kat restoran yang masuk jalan-jalan cari makan tv3 tu, Ikan Bakar Malim kat Ayer Keroh dan Kat Malim Jaya. Hampeh..tak sedap langsung plus mahal dan tak masuk akal harganya. Ikan lak tu bak kata orang dah medak. tak segar dan manis. Kheenzue tak recomend langsung korang pergi . Restoran dia kat Malim Jaya betul -betul tepi simpang trafik Malim Jaya pekerja indonesia semua.Pekerja tak ada PR langsung. Kat Ayer Keroh campur. Sumpah tak gi lagi restoran ni. Pangkah terus.
Lagi satu korang nak makan Asam Pedas sedap boleh gak gi kat Medan MARA yang berdepan ngan replika Kapal Portugis tu. Kedai tu kat tingkat atas medan makan MARA. Kalau korang naik tangga kedai tu kat sebelah kanan. Nama tak ingat la pulak tapi tuan kedai tu satu mak cik yang gemuk. Tapi tak la gemuk sangat..he..he..he.. sedap gak asam pedas dia. Rega mahal sikit la tp leh consider la... ayah aku pun kata best asam pedas dia. Ayah aku ni kalau bab makan leh refer ngan dia . Memang pakar punya. Sup dia tak sapa leh lawan.
Kalau korang nk makan donut leh gi kat Mydin Mall. Tepi Food court . Haa.ha...Kheenzue masih dok mencari kedai yang best makan makanan ringan-ringan. tapi masih lum ketemu. Nanti Kheenzue update lagi di blog yang lain.
No comments:
Post a Comment